MASALAH YANG MENGWAJIBKAN MANDI, FARDHU,SUNNAH DAN HAID,NIFAS

YANG MENGWAJIBKAN MANDI ITU 5 PERKARA :

1. Mati lain daripada yang mati syahid.

2. Junub sebab bertemu dua khitan dengan memasukkan khasyafah zakar dalam farej jikalau farej binatang sekalipun atau keluar mani.

3. Haid

4. Nifas

5. Wiladah

FARDHU - FARDHU MANDI WAJIB ADA 2 PERKARA :

1. Niat ( نويت رفع الحدث الأكبر عن جميع البدن ) Artinya "sahaja mengangkatkan hadas yang besar daripada sekalian badanku". Dan wajib mekarinahkan niat pada tatkala mula - mula membasuh suatu suku daripada badannya.

2. Membasuh sekalian badannya, kulit dan rambut hingga bawah kukunya sekalipun dan tiada wajib menyampaikan air ke dalam mulut dan kedua biji mata.

SUNNAH - SUNNAH MANDI WAJIB

    Sunnah mandi wajib itu mengambil air sembahyang dahulu daripada mandi dan menggosok - gosok dan meunyilet - nyilet sekalian perlipatan dan meunyilet - nyilet rambut dan meniga - nigai menyucurkan air dan menghadap kiblat dan menghilangkan segala yang di kelihatan daripada badan.


HAID DAN NIFAS

   Sekurang - kurang haid itu sehari semalam dan sebanyak - banyaknya lima belas hari lima belas malam dan gralibnya enam hari atau tujuh hari dan sekurang suci antara dua haid itupun lima belas dan tiada hingga bagi sebanyak - banyaknya ( karena terkadang setengah perempuan kemudian daripada dua bulan sekali haid, ada tiga bulan sekali seperti demikianlah masing - masing tabi'at.) 

  Haram bagi orang yang haid dan junub itu sembahyang dan tawaf baitullah dan menyentuh mushaf dan mengangkat dia dan berhenti di dalam mesjid dan membaca qur'an dengan qasad membaca dia, Maka tiada mengapa mengucap الحمد لله tatkala bersyin dan انا لله و انا اليه راجعون tatkala kedatangan bala dan haram pada perempuan yang haid puasa dan lalu dalam mesjid jika takut akan berlumur darahnya. Haram atas suaminya bersentuh kulit pada barang antara pusatnya dan lututnya. Maka jama' di dalam haid itu setengah daripada dosa besar dan wajib atasnya mengqada puasanya yang tinggal selama dalam haid dan tiada wajib di qada sembahyang dan haram talak akan dia pada ketika dalam haid, tetapi jatuh jua talaknya itu dan apabila putuslah darahnya maka haruslah baginya puasa sebelum mandi dan haram pada orang yang nifas itu barang yang haram pada orang yang haid.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »